Friday 25 March 2016

#Life Lesson 3

Yang pergi tetap akan pergi
Tang di sini harus terus meneruskan kehidupan
Namun di hati masih merindui
Insan yang pernah menceriakan hari-hari kita

Seminggu telah berlalu pergi
Setiap hati di muka bumi ini
Terus2an merindui dirimu
Apa khabar kau di sana sahabat
Bisakah kita bertemu di jannah
Berkumpul semula macam dahulu

Sungguh sahabat
Merindui saat itu..

Saturday 24 October 2015

#Life Lesson 2

Tiada peluang kedua atau ketiga
Atau seterusnya

Tiada erti pengorbanan
Tiada erti kasih sayang
Jika semua dikawal oleh nafsu

Bukan mudah dilupakan
Tapi seharusnya dilupakan
Sakitnya bagaikan daging dipotong hidup
Berulang kembali diibaratkan membuka luka yang lama

Sangkakan berlainan dengan yang lain
Rupanya sama
Membezakannya dengan kata-kata manis sahaja

Monday 6 July 2015

#Life Lesson 1

Jangan pernah percaya sesiapa
Jangan pernah mudah percaya
Dan jangan pernah menaruh harap

Keraskan hati sekeras yang boleh
Sebab manusia hati dia kita tak tahu

Jadilah manusia hati batu
Agar tak kena tipu

Wednesday 3 September 2014

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isyak

02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan

03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.

04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.

05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.

06. Jangan mematah-matahkan jari anda.

07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.

08. Jangan mendongak ketika sedang solat.

09. Jangan meludah didalam tandas.

10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.

11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain

12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.

13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.

14. Jangan mencari kesalahan orang lain.

15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.

16. Jangan bercakap didalam tandas.

17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.

18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.

19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.

20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.

21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.

22. Jangan menipu sepanjang masa

23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan

24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
---------------------------